Sabtu, 23 Januari 2010











Wasilah Persaudaraan Perlu Diperkukuhkan

Sedap tajuk tu...... namun demikian itulah intipati dan resolusi yang diputuskan dalam perjumpaan dalam alumni PMKUM di restoran Harizon, di Kota Bharu, disember lalu.

Dengan kehadiran yang kurang memberangsangkan setelah 7 tahun tidak bersidang.( Sidang terakhir sebelum ini di hotel ansor). Saudara Al-Fadhil Ust Fadil Al-Fatahain yang bertindak sebagai pengarah program melahirkan kekecewaan diatas sambutan yang dingin daripada para sahabat sekalipun beliau memahami komitmen dan tanggungjawab yang semakin tinggi terpaksa dipikul oleh para sahabat yang semakin menuju umur dewasa. namun demikian, al_fadhil tetap berbangga kerana majlis tersebut berjaya juga diadakan.

Turut hadir para otai PMKUM,Sdr Wan Azimi, Che Mah, Kak Chah dan suami, Rohaniah dan suami, Shahrizan (Sekarang pegawai BPG), Suhaila, Suhaimi, Madi, Azhar dan beberapa orang lagi. Secara mudahnya,tiada pertambahan ahli baru dan bersifat nostalgia semata-mata.

Perhubungan dan media antara faktor yang menyebabkan sambutan yang semakin dingin. Justeru itu, sidang telah memutuskan dan menugaskan Ambo untuk mewujudkan media baru menghubungkan rakan-rakan yang terputus. Pada mulanya,blog khusus dicadangkan untuk dibina bagi menyediakan medan interaksi antara ahli.

Ambo terfikir keseorangan, kalau buat blog baru, takut tak imarah juga. tak do paedah. Banyakkan kerja ambo sajo. Jadi selaku yang memikul amanah, marilah kita pakat imarahkan blog ini untuk menghubungkan antara kita. Pakat masuk ramai blog yang Mad sediakan ini. Interaksilah antara kita. Ini lebih mudah dan cepat, jika dibandingkan dengan Facebook dan e-group.

Semoga semoa berpuas hati dan berusaha memperkukuhkan angkatan kita.

Sabtu, 16 Januari 2010

jadual liga premier pasukan kelate








09/01 - TERENGGANU VS KELANTAN 0-0
12/01 - kELANTAN VS JOHOR 3-0
16/01 - PERLIS VS KELANTAN 0-0
19/01 - KELANTAN VS KEDAH 0-1
23/01 - KELANTAN VS JOHOR FC 4-1
26/01 - PERAK VS KELANTAN 0-0
30/01 - KELANTAN VS P.PINANG 3-1
06/03 - T-TEAM VS KELANTAN 0-1
13/03 - KELANTAN VS SELANGOR 0-0
17/04 - N.SEMBILAN VS KELANTAN 1-3
20/04 - KELANTAN VS K.LUMPUR 3-0
24/04 - KL PLUS VS KELANTAN 0-3
04/05 - KELANTAN VS PAHANG


pemangku sultan menjadi imam solat hajat di stadium sultan mohd ke 4. terharu rasanya bila pemerintah negeri menjadi imam. semoga negeri kelantan bertambah makmur dibawah pemerintahannya